Archive for May 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

5.27.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Maher Zain - Making of music video 'Insha Allah'

Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Exclusive – Taibs’ Foreign Property

Canadian properties worth in excess of a hundred million dollars - Multi-million dollar complex
Preston Square Ottawa – office space and shops
Commercial Skyscraper – Ottawa’s ‘Xerox Tower’ Complex. Sun Life and Adobe are some of the companies to rent space in this prestige property in Ottawa
- Luxury Living - The Adelaide (left)
- One of the Taib residential properties
- Pink Palace – Jamilah’s ‘tacky’ Ottawa Mansion
- Major Shopping Mall – includes Chapters Bookstore
- Sean and Jamilah - Ottawa's Golden Couple
- anak miskin



- Hosni Mubarak
5.23.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار

5.20.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Calon yang di war-warkan bertanding di kawasan Parlimen Petra Jaya

Sdra Faisal Shakawi Osman seorang Aktivis Masyarakat dan juga seorang Pemudah Cara yang terkenal di Kuching.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Berhutang atau terhutang budi.....

Kepada Penguasa Politik & YB's,
Izinkan yang menyentuh satu konsep yang saya rasa fikir Outdated Approach yang perlu diperbetulkan! Hentikan konsep mengatakan Rakyat terhutang budi terhadap Kerajaan. Apapun konsep demokrasi yang kita anuti RAKYAT@THE PEOPLE is the judge.
Perlulah diingatkan bahawa rakyat yang memilih kerajaan maka kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat maka berpeganglah kepada konsep From the people, For the people , By the people...
YB-YB adalah pemegang amanah ..maka tidak ada sesiapa yang berhutang atau terhutang budi disini. Generasi pra & pasca merdeka telah susut jumlahnya maka muncul generasi X yang lebih terbuka dan rasional..mereka tidak merasa terhutang budi pun kepada sesiapa pun..mereka melihat memerhati dan mengundi. Maka hargai lah mereka sebagai rakyat , terima mereka sebagai penyumbang tenaga dan idea terhadap kemajuan negara. Rakyat lebih bijak rakyat lebih rasional berbanding dengan setengah YB lebih emosioanl dalam menangani isu rakyat
Maka, Jangan anggap mereka penghutang budi .Implikasinya mungkin akan mengejutkan!
GERAKAN RAKYAT DENGAN MISI 1/3 SUARA PEMBANGKANG MESTI DIHANTAR KE PARLIMEN PADA PILIHANRAYA [PRU 13]AKAN DATANG. INI TANGGUNGJAWAP KITA

.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Australian eco groups claim Lynas hid info on Kuantan plant

By Debra Chong


KUALA LUMPUR, May 20 — Two Australian environmentalist groups have accused Lynas Corp of withholding critical information to push through its RM700 million refinery in Gebeng, touted to be the world’s biggest rare earth processing plant once built. Australia’s leading grassroots environmentalist organisation, Friends of the Earth Australia (FoE Australia), and the Conservation Council of Western Australia waded into the controversy as pressure continues to build up in Malaysia that is threatening to delay — if not derail — the Lynas project.

“There are a number of issues that the company must answer including release of a full environmental assessment for the site,” FoE Australia spokesman Natalie Lowrey said in a joint statement.
“Lynas has not made this information publicly available before embarking on the construction of the Kuantan site which could indicate that they have something to hide,” she added.
Lowrey and her counterpart in the Conservation Council of Western Australia, Mia Pepper, urged the Sydney-based miner to stop work on its Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) until all details about the potentially hazardous waste management are known, especially the long-term effect of radioactive thorium on residents.
Pepper said “the secrecy is unacceptable and the dangers to health are all too familiar” in a pointed reminder of the Japanese-owned Asian Rare Earth (ARE) plant in Bukit Merah, Ipoh which was blamed for the rise in leukaemia cases in the late 1980s and was forced to fund a RM303 million site clean-up despite shutting down in 1992.
“We believe that the risks of this development could leave a toxic legacy for decades to come,” she said.
Pepper claimed the Lynas rare earth concentrate will also be transported through Fremantle in hessian bags, which she said was the same method used by Magellan Metals to transport its lead export. These bags had leaked and caused contamination, forcing the iron miner to shut down.
“It’s not good enough for WA and it’s not good enough for Malaysia,” she said, in a show of solidarity with the Kuantan residents’ movement.
Lynas expects to receive a preliminary operating licence from the Atomic Energy Licensing Board before September, which will be renewed as a full licence within three years should the plant comply with agreed standards.
The company hopes to earn RM8 billion in annual revenue from 2013 based on current refined metals prices, when it will supply one-third of the world’s demand outside of China
Opposition to the Lynas plant is continuing both in Malaysia and Australia. — file pic
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

'Won' PBB seats still have to step down huh...?

Francis Siah repeatedly saying,’ “We will continue to pressure him to step down if he does not do so by Aug 13 ”

This article clearly proves it:- MoCS Leader:Cops no cause to arrest me

A further indicator of what we meant can be clearly seen with this article which we copied for your reference on this topic:-

Free Malaysia Today

KUCHING: Despite threats of arrests from the police, Movement for Change, Sarawak (MoCS) will continue to do what it has pledged to do – that of demanding Chief Minister Taib Mahmud to step down.



“We will continue to demand Taib to step down,” said MoCS leader Francis Siah when contacted today.

Siah, who is presently in Sabah, said that the CID (Criminal Investigation Department) officers had wanted to see him regarding his statement asking Taib to step down.

“I will not see the CID officers without the presence of my lawyers,” he said, adding that a police officer from Kuching had called him over the statement.

“Now they (Barisan Nasional leaders) are using the police to harass me.

“But we are not afraid of the threats by the police, and we will continue to do what we have pledged to do, that is asking Taib to step down.

“We will continue to pressure him to step down if he does not do so by Aug 13,” he added.

Jelly fish Jabu

Replying to Deputy Chief Minister Alfred Jabu’s condemnation of MoCS recently, Siah said it was pointless trading barbs with Jabu, whom he likened to a “jelly fish without back bone”.

“He is best known for saying or doing things against his own conscience by taking all sorts of instructions from his boss,” he added.

In criticising MoCS, Jabu had said the movement was going against the wishes of the people in asking Taib to step down.

He said that Taib should not entertain MoCS’ call which was coming from “the mouth of frustrated individuals advocating politics of backwardness and hatred against the wish of the majority of Sarawakians”.

Jabu suggested that MoCS should be changed to ‘Movement for change for backwardness in Sarawak’ to better reflect their ignorance, frustration and denial.

Another PBB leader, Abdul Aziz Adenan, who is also the PBB Youth information chief, has described MoCS as a public threat because it undermined the legitimate process of election by demanding Taib to step down in three months.

Pointing out that no one has the right to make such a demand, Abdul Aziz said that Taib and other BN leaders have been given fresh mandate by the people to continue leading the state.

“By giving Taib an ultimatum to step down by Aug 13, MoCS is actually making a mockery of democracy in the state.

“MoCS has no right to ask the chief minister to vacate his post when the rakyat have decided otherwise.

“This shows that MoCS has no respect at all for the rule of law in the country,” he said although admitting that as an NGO, MoCS has a democratic right to express its opinion on any subject.

“But it should know that questioning the mandate of the rakyat is not a wise move,” Abdul Aziz said.
We say again “35 PBB seats returned Party President asks to leave..??”
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

LYNAS: Malaysia jadi 'pak sanggup'

" Maka, saya rasa cabaran terbesar selepas jentera kerajaan BN yang secara berterusan cuba menipu rakyat dalam isu ini, adalah usaha mendidik orang ramai tentang bahaya kilang ini serta sisa radioaktif kepada kesihatan mereka" - YB FUZIAH SALLEH

Lynas Advanced Material Plant adalah loji memproses nadir bumi (rare earth) yang terletak di Gebeng, Pahang. Ia diusahakan Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia.

Ini bukan kali pertama loji memproses nadir bumi bertapak di Malaysia. Loji pertama dibuka di Bukit Merah, Perak dalam tahun 1982 dan walaupun ditutup pada tahun 1992, namun kerja-kerja pembersihan sisa radioaktif di Bukit Merah masih berterusan sehingga ke hari ini...!!!! Satu rencana berkaitan loji memproses nadir bumi di Bukit Merah dan di Gebeng ini disiarkan oleh Keith Bradsher, wartawan New York Times. Hanya Negara China sahaja yang masih lagi sanggup mengusahakan loji nadir bumi dan memgkompromikan kesihatan rakyatnya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata berdasarkan piawaian antarabangsa oleh Agensi Tenaga Atom Anatarabangsa (IAEA), sisa-sisa yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada loji syarikat Lynas (M) Sdn.Bhd. di Gebeng, Pahang tidak ditakrifkan sebagai sisa nuklear atau sisa radioaktif. Katanya menurut piawaian tersebut sisa yang akan dihasilkan oleh loji pemprosesan itu merupakan sisa industri yang hanya mengandungi bahan radioaktif semula jadi.

Komen YB Fuziah Salleh

Saya nak ingatkan beliau, bukan tanggungjawab beliau untuk ulang apa yang sudah dinyatakan Lynas. Tanggungjawab beliau untuk mengawal dan menjaga kepentingan rakyat. Sebagai Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau bertanggungjawab untuk mengawal, mempersoal dan meneliti cadangan dari LYNAS.
Beliau perlu tahu peranan beliau. Beliau bukan jurucakap Lynas.

Sekarang ini Pahang Bar Council sudah turut serta dalam kempen ini. Mereka sudah berbincang dengan penduduk sekitar Balok dan kalau mereka bersetuju, sekiranya Lesen tetap diberikan kepada Lynas, Pahang Bar Council akan membawa kes ini di Mahkamah untuk tindakan undang-undang.

5.19.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Keikhlasan dicurigai - Temenggong Tun Jugah

Wujudnya perasaan curiga terhadap keikhlasan...dan ini diperlihatkan oleh Temenggong Jugah apabila beliau berkata dalam bahasa Iban, "Anang Malaysia sebaka tebu, manis di pohon, tawar diujung".

Maksudnya, Malaysia tidak sepatutnya menjadi tebu, manis di bahagian pangkal (kepala) dan semakin kurang manis di hujungnya.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Isu kabinet bayangan : 'Hormati keputusan Pakatan Rakyat'

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili ketua PR melihat keperluan dan penelitian secara serius bagi memastikan ‘kabinet bayangan’ tersebut memberi impak yang berkesan.

DAP harus menghormati keputusan Pakatan Rakyat (PR) Pusat berkenaan ‘kabinet bayangan’ PR Sarawak, kata Exco AMK, Ahmad Nazib Johari.

Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili ketua PR melihat keperluan dan penelitian secara serius bagi memastikan ‘kabinet bayangan’ tersebut memberi impak yang berkesan kepada pimpinan mahupun rakyat Sarawak.

“Perlu diingatkan semangat PR perlu diutamakan dan diambil kira sebelum membuat apa apa keputusan mahupun pendirian berkenaan parti supaya ia selari dengan roh dan prinsip PR,” katanya.

Beliau berkata ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang menganggap PR Pusat tidak memandang serius mengenai pembentukan ‘kabinet bayangan’ oleh pembangkang di Sarawak.

Ahmad Nazib yang mencabar Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya negeri ini baru-baru ini menambah, kemenangan 12 kerusi adalah kemenangan bersama PR kerana ia hasil kerjasama padu kesemua komponen.

“Penghormatan dan penghargaan PR perlu disemai dalam PR bagi memastikan usaha kita selepas ini menempa kejayaan yang lebih besar bagi menghadapi PRU 13,” tambahnya.

Free Malaysia Today
5.17.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Putuskan Anwar bela diri, Mahkamah berat sebelah - Suaram

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan rasa kesal dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes fitnah II.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar berkata prosiding perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara berat sebelah.


“Sepanjang perbicaraan kes Anwar, Suaram mendapati mahkamah berat sebelah terutamanya apabila menafikan akses peguam Anwar kepada laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang merupakan hak asas mereka dalam perbicaraan.

“Hal ini lebih melucukan apabila hakim beranggapan Saiful Bukhari adalah “saksi yang jujur dan boleh dipercayai” sedangkan Saiful sendiri berulang kali memberikan kenyataan bercanggah malah didapati menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa raya ketika perbicaraan berlangsung,” kata Hasbeemasputra dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Suaram juga tidak bersetuju dengan penerimaan hakim tentang kesaksian tiga doktor, di mana ada percanggahan jelas dalam kesaksian mereka yang mengatakan wujud penetrasi.

“Tapi kemudian hakim menunjukkan keputusan yang tidak konsisten apabila dari awal menolak untuk menerima sampel DNA yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan.

“Ini senario tidak masuk akal berdasarkan keterangan doktor apabila disoal peguam bela merujuk kepada laporan perubatan yang dibuat keatas Saiful,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan hakim, Mohamad Zabidin perlu dipertimbangkan semula kerana wujud elemen konspirasi politik dalam kes itu.

“Penting untuk diberikan perhatian bahawa asas penghujahan peguam Anwar adalah wujud konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.

“Berkali-kali Suaram menyuarakan bahawa mahkamah telah dijadikan boneka oleh kerajaan yang memberikan keputusan berat sebelah bukan berdasarkan kepada Keadilan,” tegasnya.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah

Sekelian 'musuh' begitu seronok bila dengar keputusan Mahkamah bahawa ada kesprima facie ke atas Datuk Seri Anwar.

Beliau diperintahkan membela diri dalam perbicaraan bermula dari 6 Jun hingga 30 Jun 2011.

Saya tidak berhasrat dan berhajat untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah kerana saya tahu dan rakyat terbanyak pun tahu ia adalah satu kesalahan di bawah peruntukan menghina Mahkamah.

Tetapi untuk memaksa rakyat terbanyak mempercayai perbuatan terkutuk itu adalah amat mustahil.

Sebagai ahli PAS dan saya percaya rakyat terbanyak yang berpegang kepada ajaran Islam, selagi tidak didatangi dengan 4 orang saksi yang adil, teramat berat untuk menerima hakikat sebenar.

Dari sudut politik, tarikh 30 Jun 2011 yang menentukan kedudukan sebenar Datuk Seri Anwar samada didapati bersalah atau bebas memberi kesan besar kepada Umno untuk menghadapi PRU13......malah sebelum daripada ini di dalam beberapa siri tuduhan ke atas Anwar, rakyat terbanyak sudah membuat satu mind-set dan jelas Umno tetap dalam kelemasan.

Umno menyediakan siri-siri fitnah yang berpanjangan yang nampak episodnya tidak akan berakhir ke atas Anwar.

Ia hanya akan berakhir samada Anwar meninggalkan dunia yang pasti akan fana' ini atau meninggal alam politik.

Satu persoalan timbul......apakah Pakatan Rakyat akan memberi walk-over sehingga Umno/BN menang dengan hanya berjalan di atas karpet merah walaupun Anwar di 'simpan' ke 'dalam'?

Jika Umno/BN beranggapan begitu, ternyata mereka memang silap kerana perjuangan tetap diteruskan sehingga keadilan ditegakkan di bumi Malaysia tercinta ini.

Jika Umno/BN percaya kepada teori 'lenyap'kan Kepala Kumpulan.....maka ahli dan penyokongnya akan lari bergelimpangan......sesungguhnya Umno/BN hanya bermimpi indah di siang hari, kami di Pakatan Rakyat akan tetap berjuang walaupun ketiadaan Anwar kerana kami yakin 'roh' perjuangan Anwar tetap bersama kami. [sumber .]
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Keputusan Hakim Buktikan Sistem Kehakiman Alat Kerajaan

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim membela diri bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, “memalukan dan tidak mempunyai kredibliti”.

Pengamal undang- undang yang juga aktivis Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan itu adalah tamparan hebat kepada sistem kehakiman di Malaysia sekaligus mengiyakan institusi ini sebagai alat kepada kerajaan pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

“Ini adalah sesuatu yang sangat menghina sistem kehakiman di Malaysia terutamanya sistem keadilan jenayah dan ini meletakkan kita semua Rakyat malaysia di bawah satu ancaman dimana kehakiman itu sendiri tidak telus dan tidak bebas sebab juri-juri terbabit melebihkan untuk memepertahankan kuasa pemerintahan BN (Barisan Nasional) daripada mendaulatkan undang-undang dan mempertahankan kehakiman yang bebas,” katanya.

Menurut Fadiah, sejak awal lagi proses ini pincang dan usaha pembelaan disifatkan sia-sia ditambah dengan sistem perundangan yang tidak adil dan sudah dicabuli.

“Sebenarnya sistem itu sendiri sudah tidak adil dan sudah dicabuli. Kalau kita nak cakap kenapa pula orang yang dituduh itu perlu membela diri sedangkan proses yang dari mula itu sendiri sudah tidak telus dan tidak adil. Jadi perkara yang dibangkitkan ini adalah sia-sia sebab kita membela kepada sesuatu yang tidak adil, soa apa yang kita nak bela,” katanya.

Ujar beliau lagi, pembelaan berlaku sekiranya sesuatu kes itu mempunyai asas dan untuk kes ini banyak bukti- bukti bercanggah ditambah dengan saksi yang tidak mempunyai kreadibiliti.

“Kalau ikut perundangan sebenar kes ini tidak ada ‘prima facie’ atau asas langsung dan sepatutnya dibuang setia tiada pembelaan. Pembelaan ini berlaku sekiranya ada asas dan bukti-bukti yang diketengahkan pada peringkat pendakwaan itu ada asas. Kita lihat bukti-bukti bercanggah, saksi tidak kreadibel, jadi apa yang emreka cuba buktikan sekarang,” katanya.

Hakim Mohamad Zabidin semalam menetapkan 6 hingga 30 Jun untuk Anwar membela diri.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


RAKYAT MARHAEN
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Melihat ‘Pandi Kutti’ dalam kerangka ‘Interlok’ dan ‘Kamus Dewan’

Walaupun kedengaran jelek, frasa itu adalah panggilan manja dan mesra Anwar kepada Najib.

Perkataan Tamil, “Pandi Kutti” tiba-tiba menjadi sebutan di seluruh negara dan ruang siber sejak belakangan ini. Saya membaca berita di Free Malaysia Today (8 Mei 2011) bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan istilah/frasa itu semasa berucap di Dewan Hamzah, Klang pada malam 7 Mei.
Perkara pertama yang saya lakukan adalah merujuk Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (DBP: 1988) untuk mencari perkataan “Pandi Kutti”. Saya tahu makna frasa/perkataan itu dalam Bahasa Tamil tetapi saya juga teruja untuk mengetahui kalau-kalau ia sudah diterima pakai dalam konteks “bahasa Melayu, budaya Melayu” dengan konotasi yang berbeza.
Hal ini penting kerana portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia sudah menegaskan: “Sehubungan dengan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ia hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu, dan bukan dari kaca mata bangsa lain”.

Maka, tentulah saya tidak mahu masuk campur urusan “bangsa Melayu” jika “Pandi Kutti” adalah sebahagian daripada “perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka”.
Terbukti bahawa “Pandi Kutti” bukan perkataan bahasa Melayu; sekali gus tidak termasuk dalam kerangka “hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu, dan bukan dari kaca mata bangsa lain” seperti dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya nyatakan demikian kerana Umno Online pada 9 Mei melaporkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussein sebagai berkata bahawa “tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi adalah tindakan orang tidak berpelajaran”.
Turut dilaporkan bahawa “Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan” dan “Anwar sepatutnya tahu Islam melarang keras menggelar seseorang itu dengan panggilan yang tidak baik kerana ianya [sic] adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah”.
Apa yang menarik, FMT pada 9 Mei melaporkan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor sebagai berkata, “Anwarlah Pandi Kutti, bukan Perdana Menteri saya” pada sidang media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Umno Online pada 9 Mei pula melaporkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, “Cercaan Anwar yang melabel Perdana Menteri sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi, sebagaimana yang dilapor oleh Free Malaysia Today pada 8 Mei lalu, adalah suatu yang biadap dan sangat kurang ajar” serta “ia menampakkah kejelekan serta kedudukan beliau (Anwar) yang kini amat terperosok dan tertekan dengan permasalahan peribadi serta perbalahan yang meledak sesama anggota pembangkang”.
Di sebalik segala “kekecohan” itu, Perdana Menteri pula dengan tenang mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh Anwar “has not caused me to lose sleep” (Bernama, 10 Mei 2011).
Saya tidak mahu masuk campur dalam hal-hal dalaman mana-mana parti politik kerana bagi saya, parti-parti politik umpama sarkas yang seronok disaksikan dari luar; tetapi menjijikkan kalau kita masuk menyertai dan menjadi sebahagian daripadanya.
Manja dan mesra
Sebaliknya, saya mahu mengekalkan sikap apolitikal dan meneliti secara ringkas isu “Pandi Kutti” dalam kerangka “Interlok” dan “Kamus Dewan” kerana amat sesuai dan wajar dengan konteks Malaysia.
Sudah terbukti bahawa isu “Pandi Kutti” tidak boleh dilihat dalam konteks “bangsa Melayu” dan “bahasa Melayu” kerana perkataan/frasa itu tidak (belum) terkandung dalam Kamus Dewan.
Sebaliknya ia adalah perkataan/frasa Bahasa Tamil dan “hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Tamil, dan bukan dari kaca mata bangsa lain” sebagai meminjam pendirian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya merujuk “Kamus Bahasa Tamil – Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris” (Fajar Bakti: 1998) dan mendapat pengesahan bahawa “Pandi” (panri) adalah “sejenis binatang” iaitu “babi” atau “pig”. Maka, “Pandi Kutti” bermakna “anak babi” atau “piglet”.
Ternyata tidak ada apa-apa unsur penghinaan dalam frasa “Pandi Kutti”. Malah, kedengaran “manja” dan “mesra” apabila diucapkan oleh dua individu yang rapat – atau pernah rapat seperti bersaudara.
Untuk berlaku adil, saya menggunakan “Pandi Kutti” dan bukannya “pandi kutti” kerana saya masih ingat akan pelbagai hujah yang digunakan (antara lain) oleh Datuk Zainal Abidin Borhan dari Gapena, Profesor Teo Kok Seong dari UKM dan Raja Rajeswari Seetha Raman dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu.
Dalam mempertahankan novel Interlok Edisi Murid (DBP: 2010), mereka mengatakan bahawa penggunaan perkataan “P****” adalah tindakan memuliakan kaum India kerana menggunakan huruf besar “P”, sekali gus menjadikannya ‘kata nama khas’ dan bukannya ‘kata nama am’.
Dalam konteks ini, sedangkan perkataan “P****” boleh diterima dengan gembira – serta dipertahankan bermati-matian oleh kelompok akademik, persatuan penulis dan NGO – saya tidak nampak mengapa panggilan manja “Pandi Kutti” oleh Anwar kepada Najib dianggap menyentuh sensitif.
Jangan kita lupa (atau buat-buat lupa) bahasa Anwar tidak memanggil seluruh kaum dengan panggilan “manja dan mulia” itu tetapi khusus kepada seorang individu yang (pernah) rapat dengannya.
Bagi Khairy yang melihat penggunaan frasa “Pandi Kutti” sebagai “kejelekan” amat wajar segera bertemu Presiden Pena, Mohamed Saleeh Rahamad untuk memenangkan fikiran.
Dalam isu Interlok Edisi Murid, pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya itu berpendirian bahawa “Biarpun ada unsur kejelekan pada sesetengah tempat, pengakhirannya membawa kepada pemahaman bersama bahawa perpaduan antara kaum penting” (Berita Harian, 20 Disember 2010).
Berbalik kepada pandangan Datuk Dr Muhammad Yusoff (Umno Online, 9 Mei 2011) yang menegaskan bahawa “Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan” dan “sepatutnya tahu Islam melarang keras menggelar seseorang itu dengan panggilan yang tidak baik kerana ianya [sic] adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah”.
Betapa baik jika beliau telah tampil mengeluarkan pandangan dan hujah yang sama sebaik kontroversi novel Interlok Edisi Murid bermula pada akhir Disember 2010 untuk menyedarkan orang ramai bahawa “Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan”.
Uthaya Sankar SB
5.16.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Polis Tetap Nak Buktikan Pelaku Video Seks Itu Adalah Anwar


Video seks: PDRM dapatkan khidmat pakar Amerika

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Polis Malaysia mendapatkan khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu siasatan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar rakaman video tersebut untuk dianalisis oleh pakar pengimejan video.

Kata laporan itu, khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.

“Analisis terhadap rakaman video yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar pengimejan video dari Korea Selatan sebelum ini mengesahkan ia adalah asli.

“Namun, ketepatan rakaman video itu perlu disokong lagi dan sebab itu kita menghantar ia untuk analisis bagi kali ketiga ke AS,” kata laporan itu.

Malah menurut laporan itu, proses menganalisis rakaman video terbabit kini sudah selesai dan keputusannya dijangka diketahui sebaik sahaja pasukan khas yang dihantar ke AS tiba di tanah air, dipercayai semalam.

Sumber berkata, hasil analisis terbaru yang diperoleh akan digunakan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan dan menentukan tindakan lanjut yang akan diambil selepas ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan kes rakaman video seks tersebut berjalan lancar.

“Semua pihak perlu menunggu dengan sabar kerana siasatan sedang dijalankan dan proses ini mengambil masa dan mengambil kira banyak perkara,” ujarnya.

Sebelum ini, hasil ujian biometrik yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.

Anwar telah pun menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah beliau.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. -TMI


Polis: Tiada keperluan dedah identiti pelaku video

Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:

"Kalau dah... kalau dah... kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah."

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tindakan sekiranya sah merupakan pelakunya.

"Kita akan tengoklah kemudian," jawabnya ringkas kepada pihak media.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.

Siasatan tahap akhir

Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata:

"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.

Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

NONEahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Malah Shazry dengan ditemani dua rakannya itu melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul 29 April lalu menuduh Anwar sebagai pelaku video berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.

Sementara itu, ditanya tentang penayangan di internet pula, Khalid berkata perkara itu memakan masa kerana maklumat berkaitan tidak mudah diperoleh. -mk


Ulasan GB

Daripada kenyataan PDRM ketara bahawa pihak polis masih beriya-iya untuk menunjukkan bahawa pelaku di dalam video seks berkenaan adalah Anwar.

Maka sebab itu kita melihat IGP secara tergesa-gesa begitu pantas membuat pengumuman bahawa video berkenaan adalah asli, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri Sarawak diadakan.

Kemudian kita mendapat maklumat beberapa salinan video seks tersebut telah dihantar dari pada Thailand ke beberapa orang tertentu.

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sebelum ini mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?”

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.

Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar juga menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

“Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)
,” kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur.

p/s Selang beberapa minggu selepasnya, Ketua Polis pun pengsan dimasukkan ke hospital. 

5.14.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Islam titik berat kredibiliti saksi - Mufti Perlis



5.12.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONESehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.
5.11.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Bob Marley - Redemption Song

Posted by Suara P.194 Petra Jaya

To All YB's

Don't hit people below the belt...!!!
YB's let it be a clear... "The People put you there they have every Right to take it all away from you.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Adakah orang akan terus panggil Pandy Kutti kepada Najib?

Dalam berita bertajuk "Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi" Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak kata pandi kutty kat Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."
Soal Anwar kata atau tak kata, itu tak penting. Akhbar, TV dan parti pandi kutty akan tetap kata Anwar kata pandi kutty kat Najib. Trend terkini akhbar, TV dan parti pandi kutty ialah mereka cipta pembohongan dan kemudian mereka beriman kepada pembohongan itu. Memang dasar pandi kutty.

Namun, yang lebih menarik untuk dilihat ialah adakah selepas ini orang akan panggil pandi kutty kepada Najib. Adakah Najib akan terus lena tidurnya bila tak habis-habis dipanggil pandi kutty?
PB.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Win the Hearts of the People, You Win

No one will be able to fool the People. People’s Power knows no boundaries and they will change whoever is failing to live up to their expectations.

You Win the War by knowing the political landscape. Is there another way to Win.? You are the master analysist and with your strategists by your side there should be nothing you should fear.But it seems you are still so afraid. Do you know Why?

YOU FAIL TO WIN THE HEARTBEAT OF THE PEOPLE..

YBs let it be a Clear and Crystal  message,”The People put you there they have every RIGHT to take it all away from you.

They will SMOKE You out……

5.10.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

SPR Jangan guna persempadanan untuk manipulasi undi

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingat agar tidak menggunakan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk manipulasi undi yang memihak kepada Umno-Barisan Nasional.
Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh sewaktu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa suruhanjaya itu sedang membuat kajian awal persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Abdul Aziz memberi alasan persempadanan itu perlu dilakukan kerana tempoh lapan tahun selepas kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihan raya tamat 21 Mac lepas.
Menurut Fuziah, persempadanan semula pilihan raya hanya boleh dilakukan dengan syarat jumlah kerusi di Parlimen juga ditambah pada masa yang sama.
Penambahan kerusi juga hanya boleh dilakukan jika SPR berjaya membuktikan jumlah penduduk dalam sesuatu kawasan bertambah.
“Misalnya kawasan A ada 75 ribu penduduk dan kawasan B juga ada 75 ribu penduduk, maka kita boleh tambah lagi satu kawasan kerusi agar setiap kerusi Parlimen ada kira-kira 50 ribu penduduk.Hanya jika kerusi ditambah, baru lah persempadanan semula boleh dilakukan,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Bagaimanapun katanya, BN berkemungkinan besar tidak akan memperolehi cukup sokongan untuk berbuat demikian.
“Untuk menambah jumlah kerusi ia memerlukan sokongan dua pertiga dari Ahli Parlimen dan saya tidak rasa mereka (BN ) akan mampu berbuat demikian,” ujarnya.
Tambahnya, seandainya SPR tetap ingin melakukan persempadanan semula tanpa penambahan kerusi, ia tidak mustahil merupakan satu lagi manipulasi undi oleh BN.
“Kita khuatir jika ia benar-benar dilaksanakan, ia merupakan penyalahgunaan undang-undang untuk memastikan BN terus berkuasa.
“Justeru, saya ingatkan SPR agar tidak melakukan sebarang ‘gerrymandering’ untuk memberikan kelebihan yang tidak adil kepada BN,” kata Fuziah.
Bercakap lebih lanjut, Fuziah berkata beliau berani membuat dakwaan itu kerana terdapat bukti SPR cuba memindahkan pengundi pada pilihan raya kecil sebelum ini, demi memastikan kemenangan Umno-BN.
“Pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lepas, Kampung Tanjung yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat dipindahkan secara senyap-senyap ke Parlimen Selayang (demi memastikan BN menang).
“Malah, pada tahun 2004 juga, kem tentera Batu 9 di Kuantan yang terdapat lebih 10,000 anggota tentera udara dipindah ke Parlimen Pekan yang merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata Fuziah.
Menurutnya lagi, KEADILAN kini juga mendapat laporan kira-kira 14,000 pengundi di Selangor ditukarkan daerah mengundi tanpa pengetahuan mereka sendiri.
“Pengundi akan kecewa dan bosan kerana mereka ditukar tempat mengundi sesuka hati dan ini mungkin memberi kesan kepada Pakatan Rakyat,” kata Fuziah.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Kekecohan tercetus di dewan Datuk Merpati Jepang

5.09.2011
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Menuju ke Putra Jaya...PRU13

Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Mahathir Cuba Bangkitkan Kebencian Melayu Terhadap...

RAKYAT MARHAEN: Mahathir Cuba Bangkitkan Kebencian Melayu Terhadap...: "D r M selar PAS PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Pe..."
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Apa yang sudah pergi, Biarkanlah is pergi


APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI

by Pengiran Bob on Monday, Mei 09, 2011.
Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke rahim ibunya, air susu kepada puting susu haiwan, dan airmata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan.

Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-goyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah SWt sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu: "Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka." Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?: Si keldai menjawab: "Aku tidak suka menipu."

Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling kebelakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala de depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan ke arah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Sarawak...Jom Ubah!!!!!

Sejarah sudah dicipta !! Untuk memperluaskan usaha perubahan seterusnya , kerja kuat mesti dimulakan oleh PR Sarawak sekarang . Tidak dinafikan bila , pertama kalinya PR Sarawak bersama dan bersatu , perubahan boleh dilaku . Kerjasama itu mesti diterjemah pada pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang untuk kita menikmati perubahan yang lebih besar . Apa saja halangan yang akan mungkin menjejas matlamat memberi rakyat perubahan mesti dihapus dengan serta merta !! Mesti berlajar dari pengalaman Semananjung , kerja-kerja pemutihan(cleansing) atau pembersihan dalaman parti masing-masing mesti dibuat sebelum pilihanraya . Pemimpin-pemimpin yang baru , bersih , telus dan berwibawa mesti diketengahkan sekarang .Kepimpinan lama dalam PKR Sarawak seperti Datuk Hafsah Harun, Haji Wan Zainal, Haji Baharuddin Moksen seharusnya berundur demi masa depan parti dan rakyat.  Kepercayaan rakyat mesti ditagih . Buang yang keruh dan ambil yang jernih . Bila bersatu selalunya membawa kepada kejayaan !!

Orang Sarawak tidak mudah termakan dengan janji-janji ‘pembangunan’ lagi . Tarikh 16 April 2011 lalu mencatatkan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihanraya  Negeri Sarawak (PRN) Sarawak. Pakatan Rakyat bukan sekadar berjaya menambah dari 7 kerusi dalam tahun 2006 kepada 15, tetapi berjaya bertapak kukuh di Sarawak dengan peningkatan mendadak undi popular. Ini cukup menggentarkan Najib dan barisan Nasional. Sarawak bukan lagi simpanan tetap Najib.

"Keputusan ini bukan satu pengakhiran. Yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan jitu dan menyeluruh" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum keadilan.

Ia membukti penerimaan rakyat negeri Sarawak terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat, biarpun terpaksa berdepan serangan Barisan Nasional (BN) yang berterusan memperkudakan jentera kerajaan" - Wan Azizah

Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Khairy Jamaluddin who is UMNO Youth Chief and also MP for Rembau tweeted.

”In the cold light of the day although we won,we suffered our biggests losses ever in Sarawak.So,Putrajaya ,we have a problem. Face Facts.” - Khairy Jamaluddin who is UMNO Youth Chief and also MP for Rembau tweeted.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Tuduh jenayah dengan bersumpah...

Tuduh jenayah dengan bersumpah...Boleh di rotan 80 sebatan. Ayat ke 4 Surah An-Nur menyatakan orang yang menuduh seseorang yang berzina (tanpa membawa saksi yang cukup syarat) hendaklah disebat 80 kali dan kesaksian itu tidak diterima dan menjadikan seseorang itu sebagai fasik. Kefasikan memberi implikasi cukup tinggi.
Posted by Suara P.194 Petra Jaya

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Suara P.194 Petra Jaya -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -