Posted by : Suara P.194 Petra Jaya 5.17.2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili ketua PR melihat keperluan dan penelitian secara serius bagi memastikan ‘kabinet bayangan’ tersebut memberi impak yang berkesan.

DAP harus menghormati keputusan Pakatan Rakyat (PR) Pusat berkenaan ‘kabinet bayangan’ PR Sarawak, kata Exco AMK, Ahmad Nazib Johari.

Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili ketua PR melihat keperluan dan penelitian secara serius bagi memastikan ‘kabinet bayangan’ tersebut memberi impak yang berkesan kepada pimpinan mahupun rakyat Sarawak.

“Perlu diingatkan semangat PR perlu diutamakan dan diambil kira sebelum membuat apa apa keputusan mahupun pendirian berkenaan parti supaya ia selari dengan roh dan prinsip PR,” katanya.

Beliau berkata ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang menganggap PR Pusat tidak memandang serius mengenai pembentukan ‘kabinet bayangan’ oleh pembangkang di Sarawak.

Ahmad Nazib yang mencabar Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya negeri ini baru-baru ini menambah, kemenangan 12 kerusi adalah kemenangan bersama PR kerana ia hasil kerjasama padu kesemua komponen.

“Penghormatan dan penghargaan PR perlu disemai dalam PR bagi memastikan usaha kita selepas ini menempa kejayaan yang lebih besar bagi menghadapi PRU 13,” tambahnya.

Free Malaysia Today

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Suara P.194 Petra Jaya -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -